Thursday, April 22, 2010

Bali Mendamaikan

kredit to pakcik google

aku terasa nak berehat panjang,nak restkan otak,
rehatkan minda yang makin tak stabil

.terasa ingin bercuti ke sini,sangatla best.
Lupakan sejenak masalah,dengan menikmati keindahan ciptaan Illahi

aku sangat teruja untuk ke Bali,dengarnya punyai pantai-pantai yang sangat cantik
Tapi bila gamaknya aku berpeluang untuk ke sana
Tak mungkin aku akan meninggalkan tugasan aku begitu sahaja
Owhh Tuhan,berikan aku ketenangan setenang pantai yang membiru
Seindah Sang Mentari ciptaanMu
Moga tahun depan aku ada peluang untuk ke sana!!
aku ingin melihat matahari terbenam
yang membuatkan kita berfikir sejenak
akan keindahan ciptaanNya
Menikmati pemandangan yang sungguh mendamaikanjiwa
seperti gambar ini...*sigh




Bodoh sombong

Morning,semalam aku cakap pasal duit,harini aku nak cakap pasal bodoh sombong.Korang boleh faham apa itu bodoh sombong?Manusia punya macam-macam perangai,tak semua kita akan suka orang itu,dan tak semua orang akan suka kita.Maka kita kena pandai-pandai sesuaikan diri dengan keadaan supaya tidak di katakan bodoh sombong.Menjadi seorang yang rendah diri adalah lagi baik,jangan terlalu riak,merasakan kita adalah pandai.Kerana kehidupan kita arini merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran.Jangan terlalu angkuh dengan apa yang kita ada,Allah boleh tarik dalam sekelip mata sahaja nikmat yang kita kecapi harini. Cuba untuk mendidik diri supaya menjadi seorang yang bukan bodoh sombong!!

Duit Mampu Membunuh!!


Duit mampu membunuh sesiapa sahaja,
Duit mampu membeli "manusia" yang taksub dengan harta keduniaan.
Duit mampu buatkan manusia kabur antara yang hak dan yang batil,
antara betul dan salah.
Dunia,dunia...manusia sungguh taksub mengejar duniawi semata-mata.
Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi Duit,menipu,pecah amanah,dan segalanya demi duit dan kekayaan.
Mereka bangga jika memiliki duit yang banyak, tp tidakkah mereka sedar,duit itu mampu musnahkan segala kebahagiaan yang ada.Renung-renungkan!!
Adakah anda bahagia dengan apa yang
anda lakukan untuk harini~